RSS
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Jaundice oh Jaundice

Jaundice oh Jaundice...pengalaman menjaga Hafiz yg terkena jaundice mmg tak dapat aku lupakan..Pada hari ke4 kelahirannya barula perasan yang dia terkena jaundice..biasala kata orang tua-tua mandikan serai, jemur di bwh matahari pagi,mkn buah aanggur hitam dan mcm2 lagi boleh mengurangkan jaundice..tapi jaundice dia still ada. bertambah pula pengalaman berpantang di rumah mertuaku, aku sangat tabah untuk melalui semua ini biarpun ini merupakan kelahiran sulungku.Setiap 2 jam aku bgn untuk menyusukan Hafiz..Dr kata boleh mengurangkan jaundice.Boleh dikatakan tiada rehat bg sebagai ibu yg sedang berpantang. Keesokkannya blood test dibuat lagi sehingga aku dan suami buat keputusan untuk refer ke PPUKM semula.Selepas suami ku pulang dr office,tanpa sempat dia berbuka puasa, kami terus ke PPUKM. Seperti biasa blood test dibuat di bhgn emergency case dan Result jaundice ialah 340..OMG!!mmg cukup tinggi bg bayi seperti dia .Apa lg , hafiz di tahan wad.Aku tak kisahla kena masuk wad pon asalkan anakku kembali sihat.Jaundicenya still ada sehingga la umurnya 30 hari , dan ia hilang dgn sendirinya...


Cahaya Hidupku.....


Pada 08 09 2009.. Tepat pukul 1.27 petang aku telah selamat melahirkan seorang putera yang comel seberat 2.69KG...di PPUKM,Cheras.Anak comel ini dinamakan MUHAMMAD HAFIZ IMRAN BIN MOHD NORFAIZI.Aku memanggil dengan panggilan 'hafiz'.




Pengalaman melahirkan hafiz tidak akan kulupakan sampai bila2..sehari sebelum aku diadmit,aku dan suami berjalan2 di One Utama sehari suntuk ,mencari keperluan bayi.Seharian aku kehulu kehilir tanpa rasa penat..excited!! beli brg baby..hehe.sekali sekala aku dapat rasakan perutku tegang...take 5..rest kejap..then continue berjalan lagi..hehhe old wing..new wing...old wing ..new wing...
Keesokkannya 7 sept 2009, aku ke PPUKM untuk duty checkup, ketika itu aku sudah 36 weeks 6 days, doktor membuat full checkup termasukla CTG test.CTG test ni nak tgk pergerakan baby dan constraction..Dr dapati pergerakkan baby slow dan constraction sudah ada dan jalan sudah ada 1cm....huhuhu ketika itu barula aku mula rasa takut, Dr menasihatkan aku supaya terus masuk wad untuk mengelakkan sebarang kemungkinan akan berlaku.Tiada progress...1cm hingga ke ptg..sakit nak bersalin pon tak rasa..nurse setiap 2 jam akan tanya "ada rasa contraction?? emm...macam mana rasa contraction tu nurse..x rasa apa2 pon...hhehehe biasala my first experience.."sehari berlalu sudah..esoknya genap kehamilan ke 37 weeks.. Dr check again, tgk dah buka 3cm tapi aku still x rasa pape... Dr pakar menyarankan aku di induce..setahu aku induce ni untuk menambahkan rasa sakit untuk bersalin. terlintas jugak difikiran ku..alang2 induce why not esok aje..hehe cantik skit date 09 09 09..hhehe aku bersuara kpd Dr .."Esok je la doktor induce i..Why??? heheh tomorrow date dia cantik doktor.." then, Dr Lee..sicantik comel di wad O&G PPUKM tu.. kata can't..we want to safe your baby..ok..coz pergerakkan baby sgt slow..okla ape pon aku redha, yg penting aku dan baby selamat.tepat jam 9 pagi doktor masukkan ubat induce then jam 10 pagi Dr Lee pecahkan air ketuban.. My hubby mmg x kemana2 dia sentiasa temankan aku sehingga dimasukkan ke labor room..tepat jam 11 pagi..saakit mulai rasa, tapi still boleh tahan..hehe.jam berganti jam..minut berganti minit sakit ku bertambah kuat sehingga aku tak tetahan lagi..sehinggala tepat 1.27 aku melahirkan seorang bayi putera yg sgt comel..magik..!!after je baby keluar..Ya Allah yang Maha Berkuasa...terus hilang kesakitan yang aku rasa sekejap tadi.. itula kenikmatan yg dpt dirasai ketika bersalin. Alhamdulillah semua ok dan doa kami supaya kami menjadi ibu dan ayah yg baik kepada anakku dan insan yang bernama Hafiz Imran menjadi anak yg soleh.Amin..